Setiap wanita yang baru bergelar Mommy semestinya inginkan yang terbaik untuk bayi mereka, Betul kan? mesti lahh sebab saya sendiri pun merasakan yang sama seperti anda.. Mahu berikan pakaian, tempat tidur yang empuk dan segala-galanya lah keselesaan untuk baby comel kita..
Namun yang paaaaling penting and utama adalah nutrisi yang cukup untuk si baby membesar dengan sihat, maka fasa menyusukan bayi anda adalah fasa yang sangat penting dalam peringkat pembesaran bayi kita..
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda dan penyusuan badan membawa banyak faedah kepada kedua mommy dan baby. Penyusuan badan sangat istimewa kerana boleh merapatkan lagi hubungan ibu dan bayi. Susu ibu mampu memberikan nutrien lengkap yang diperlukan oleh bayi dalam enam(6) bulan pertama hidupnya.
Antara faedah-faedah susu ibu kepada bayi:
- Membantu bayi melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan mereka.
- Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selsema, jangkitan kuman kencing dan jangkitan telinga.
- Mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema.
- Mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. Kebanyakan susu formula di pasaran mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.
Penyusuan badab juga merupakan pilihan yang paling sihat untuk setiap wanita. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda daripada mendapat kanser payudara pre-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.
Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu
disebabkan usaha anda!



No comments:
Post a Comment