Saturday, June 11, 2016

Penjagaan 6 minggu pertama selepas bersalin

expr:id='"post-body-" + data:post.id' expr:itemprop='(data:blog.metaDescription ? "" : "description ") + "articleBody"'>

Minggu pertama selepas kelahiran, tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan keadaa 'tidak hamil'. Tempoh ini dipangil tempoh berpantang. Ketika ini juga, tubuh anda melalui banyak perubahan dalam proses untuk anda sembuh. Walau bagaimanapun, proses 'penyembuhan' ini berbeza untuk setiap wanita.

 



ALAM BERPANTANG

  • Kontraksi ataupun dipanggil pengecutan rahim Ketika tempoh berpantang, rahim anda akan mengecut kembali kepada saiz seperti sebelum hamil. Proses ini mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu
  • Sengal otot terutama bahagian lengan, leher dan rahang biasa berlaku kepada ibu baru. Perkara ini berlaku kerana ibu 'bekerja keras' semasa proses kelahiran. Walau bagaimanapun gejala ini akan pulih dalam masa beberapa hari selepas bersalin
  • Pendarahan pada vagina atau lochia mungkin pulih dalam minggu ke-2 hingga minggu ke-4 atau berpanjangan sehingga dua bulan
  • Sakit pada vagina termasuk ketidakselesaan dan kebas. Gejala ini sering berlaku selepas bersalin dan mungkin lebih teruk bagi ibu yang mengalami episiotomi
  • Jika anda bersalin secara pembedahan, anda mungkin rasa sakit pada bahagian bawah perut dan memerlukan ubat tahan sakit. Gejala ini mungkin berlangsung selama satu hingga dua minggu
  • Sakit payudara. Ibu baru akan rasa sengal pada payudara mereka selepas tiga atau empat hari bersalin, iaitu semasa payudara mula menghasilkan susuu. Perkara ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak.

 

 

 PENJAGAAN FARAJ

 


Ibu baru memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 60hari atau 100hari sebelum kembali kepada aktiviti biasanya. Setiap ibu disarankan untuk mematuhi tempoh yang diberikan supaya tubuh anda dapat pulih sepenuhnya selepas bersalin. Gunakan pelapik jika anda mengalami pendarahan. Jangan culas untuk menukar pelapik dan membersihkan faraj anda pada minggu-minggu terawal selepas bersalin. Hal ini supaya faraj ibu bersih dan terhindar daripada dijangkiti kuman dan bakteria.

Jika anda mengalami kesakitan pada bukaan faraj anda, gunakan juga ais dan tuamkan pada bahagian tersebut selama 10 hingga 20 minit. Balut ais dengan kain nipis sebelum anda menuam. selain itu juga, bersihkan bahagian intim anda menggunakan air suam berbanding hanya mengelap menggunakan tisu tandas. Jika anda mengikut amalan berpantang orang melayu, anda perlu melalui amalan bertangas yang berfungsi membantu mengurangkan keputihan, merawat lendir dan bau, membuang angin, mengecutkan rahim dan faraj, memperbetul kedudukan saluran peranakan, menyembuhkan luka jahitan dan mengecutkan rahim.








 

ELAKKAN 

>> Bersama dengan suami selepas bersalin. 'Berpuasalah' sekurang-kurangnya selama
       enam minggu terawal daripada melakukan hubungan intim

>> Elakkan berjalan jauh atau bercuti bersama bayi anda pada enam minggu terawal
       selepas bersalin. Jika terpaksa membuat perjalanan yang jauh, anda perlu kerap
       berhenti untuk berjalan atau meregangkan badan.

>> Jangan bilas bahagian dalaman vagina anda dengan menggunakan semburan air..


#Sumber adalah daripada MajalahMamaPapa
  Untuk info-info lain dapatkan Majalah Mama Papa anda di kedai buku berhampiran ^_^

Sharing is caring...
Sharing is loving...

 

No comments:

Post a Comment