Saturday, June 18, 2016

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU TRIPLE 'M' SHAKLEE

expr:id='"post-body-" + data:post.id' expr:itemprop='(data:blog.metaDescription ? "" : "description ") + "articleBody"'>
Bayi anda berhak untuk mendapat susu badan yang berkualiti, so mommy2 sekalian jaga lah pemakanan anda or your nutrition intake untuk menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk si comel anda.. Jangan risau, Shaklee ada set penyusuan yang sangat lengkap untuk mommy-mommy sekalian.. nama nya set menyusu Triple M




 Kandungan Set Tripple M

~ Vitalea with Iron Formula
~ B Complex
~ Vitamin C
~ Alfalfa Complex
~ OsteMatrix
~ Energizing Soy Protein (ESP)


Ramai Ibu yang telah berjaya menyusui baby mereka dengan mengamalkan set menyusu Triple 'm' Shaklee. Jom lah tengo testimoni-testimoni di bawah ni.. (^_^)










 Ani bahasa Barunei hehe..






Siapa yang perlu ambil set ini?
Set ini adalah sangat digalakkan kepada
  • Si ibu yang ada masalah penyusuan
  • Si ibu yang ingin mula simpan stok ebm
  • Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam 
  • Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu yang menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari..
Set ini membantu memperbaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali...

Set Triple M juga dapat membantu ibu-ibu yang masih gigih ingin memberikan susu badan kepada baby mereka walaupun si baby tidak lagi mahu 'direct breastfeed', maksudnya bergantung semata-mata dengan jadual perahan menggunakan pam manual/electric..

Namun tiada yang mustahil jika ibu masih bersemangat ingin memberikan susu ibu walaupun menggunakan botol. Hal ini adalah normal terutama sekali bagi kaum ibu yang berkerja.. Jangan down wahai working mommy sekalian, saya juga sama seperti anda, its just your mindset..


 credit to pic

Make pumping work with set triple m!!



Shaklee ID : 1247104
Instagram : Mesi Galatea
SMS / WhatsApp : 012-8298589

Facebook : Momrysel Vitamin








Tuesday, June 14, 2016

Susu ibu makan terbaik bayi

expr:id='"post-body-" + data:post.id' expr:itemprop='(data:blog.metaDescription ? "" : "description ") + "articleBody"'>
Setiap wanita yang baru bergelar Mommy semestinya inginkan yang terbaik untuk bayi mereka, Betul kan? mesti lahh sebab saya sendiri pun merasakan yang sama seperti anda.. Mahu berikan pakaian, tempat tidur yang empuk dan segala-galanya lah keselesaan untuk baby comel kita.. 
Namun yang paaaaling penting and utama adalah nutrisi yang cukup untuk si baby membesar dengan sihat, maka fasa menyusukan bayi anda adalah fasa yang sangat penting dalam peringkat pembesaran bayi kita..


Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda dan penyusuan badan membawa banyak faedah kepada kedua mommy dan baby. Penyusuan badan sangat istimewa kerana boleh merapatkan lagi hubungan ibu dan bayi. Susu ibu mampu memberikan nutrien lengkap yang diperlukan oleh bayi dalam enam(6) bulan pertama hidupnya.

Antara faedah-faedah susu ibu kepada bayi:
  • Membantu bayi melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan mereka. 
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selsema, jangkitan kuman kencing dan jangkitan telinga.
  • Mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema.
  • Mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. Kebanyakan susu formula di pasaran mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.



Penyusuan badab juga merupakan pilihan yang paling sihat untuk setiap wanita. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda daripada mendapat kanser payudara pre-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Saturday, June 11, 2016

Penjagaan 6 minggu pertama selepas bersalin

expr:id='"post-body-" + data:post.id' expr:itemprop='(data:blog.metaDescription ? "" : "description ") + "articleBody"'>

Minggu pertama selepas kelahiran, tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan keadaa 'tidak hamil'. Tempoh ini dipangil tempoh berpantang. Ketika ini juga, tubuh anda melalui banyak perubahan dalam proses untuk anda sembuh. Walau bagaimanapun, proses 'penyembuhan' ini berbeza untuk setiap wanita.

 



ALAM BERPANTANG

  • Kontraksi ataupun dipanggil pengecutan rahim Ketika tempoh berpantang, rahim anda akan mengecut kembali kepada saiz seperti sebelum hamil. Proses ini mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu
  • Sengal otot terutama bahagian lengan, leher dan rahang biasa berlaku kepada ibu baru. Perkara ini berlaku kerana ibu 'bekerja keras' semasa proses kelahiran. Walau bagaimanapun gejala ini akan pulih dalam masa beberapa hari selepas bersalin
  • Pendarahan pada vagina atau lochia mungkin pulih dalam minggu ke-2 hingga minggu ke-4 atau berpanjangan sehingga dua bulan
  • Sakit pada vagina termasuk ketidakselesaan dan kebas. Gejala ini sering berlaku selepas bersalin dan mungkin lebih teruk bagi ibu yang mengalami episiotomi
  • Jika anda bersalin secara pembedahan, anda mungkin rasa sakit pada bahagian bawah perut dan memerlukan ubat tahan sakit. Gejala ini mungkin berlangsung selama satu hingga dua minggu
  • Sakit payudara. Ibu baru akan rasa sengal pada payudara mereka selepas tiga atau empat hari bersalin, iaitu semasa payudara mula menghasilkan susuu. Perkara ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak.

 

 

 PENJAGAAN FARAJ

 


Ibu baru memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 60hari atau 100hari sebelum kembali kepada aktiviti biasanya. Setiap ibu disarankan untuk mematuhi tempoh yang diberikan supaya tubuh anda dapat pulih sepenuhnya selepas bersalin. Gunakan pelapik jika anda mengalami pendarahan. Jangan culas untuk menukar pelapik dan membersihkan faraj anda pada minggu-minggu terawal selepas bersalin. Hal ini supaya faraj ibu bersih dan terhindar daripada dijangkiti kuman dan bakteria.

Jika anda mengalami kesakitan pada bukaan faraj anda, gunakan juga ais dan tuamkan pada bahagian tersebut selama 10 hingga 20 minit. Balut ais dengan kain nipis sebelum anda menuam. selain itu juga, bersihkan bahagian intim anda menggunakan air suam berbanding hanya mengelap menggunakan tisu tandas. Jika anda mengikut amalan berpantang orang melayu, anda perlu melalui amalan bertangas yang berfungsi membantu mengurangkan keputihan, merawat lendir dan bau, membuang angin, mengecutkan rahim dan faraj, memperbetul kedudukan saluran peranakan, menyembuhkan luka jahitan dan mengecutkan rahim.








 

ELAKKAN 

>> Bersama dengan suami selepas bersalin. 'Berpuasalah' sekurang-kurangnya selama
       enam minggu terawal daripada melakukan hubungan intim

>> Elakkan berjalan jauh atau bercuti bersama bayi anda pada enam minggu terawal
       selepas bersalin. Jika terpaksa membuat perjalanan yang jauh, anda perlu kerap
       berhenti untuk berjalan atau meregangkan badan.

>> Jangan bilas bahagian dalaman vagina anda dengan menggunakan semburan air..


#Sumber adalah daripada MajalahMamaPapa
  Untuk info-info lain dapatkan Majalah Mama Papa anda di kedai buku berhampiran ^_^

Sharing is caring...
Sharing is loving...